Share for friends:

Hijab Sang Pencinta (2008)

Hijab Sang Pencinta (2008)

Book Info

Genre
Rating
4.44 of 5 Votes: 2
Your rating
Language
English
Publisher
Alaf 21 Sendirian Berhad

About book Hijab Sang Pencinta (2008)

Masih menghiburkan walaupun ini merupakan buku ke-3 atau terakhir dalam trilogi Bagaikan Puteri. Bagaimanapun aku tak berapa suka part Saifudin transported into the future - terlalu idealistik rasanya. Siri seterusnya Cinta Sufi dah ada, tapi rasanya aku kena stop sekejap from Laksamana Sunan ni. Kepala pun dah ting tong teringat dialog-dialog dalam buku-buku ni...haha. Time for English literature Kali ini RAM membawa kita mengembara bersama Sunan yang ingin pulang ke kampung halaman untuk berbakti kepada orang tua. Dalam perjalanannya, Sunan bakal berdepan dengan Manggala, manusia serigala, khunsa dari Banjaran Tibet yang bersekutu dengan taghut. Siangnya lelaki dan malamnya menjadi wanita dan pabila bulan penuh dia akan bertukar menjadi serigala. Manakala di abad 21 Manggala yang mati dibunuh Sunan pada abad 15 akan dibangkitkan semula. Mempunyai pengikut yang ditawarkan kemewahan. Bakal memburu Haryani, Dani dan Saliha untuk menghidupkan semula Manggala yang telah menjadi jenglot, kononnya memerlukan 100 darah perawan untuk menghidupkannya. Kejahatan datang dari pelbagai sudut. Guntur dan Sari dua adik-beradik juga muncul mengekori Sunan untuk menuntut bela atas kematian Nyi Burga Kelara. Guntur yang dikatakan pewaris tunggal Manggala juga berjaya dibunuh Sunan menyebabkan Manggala mendendami Sunan.Dalam masa yang sama, keluarga Tun Muttalib menerima musibah. Isterinya Melor dan anak mereka Putera Muzaffar berdepan dengan sihir Puteri Kober Gandring yang ingin menuntut bela atas kematian abangnya di tangan Hang Tuah yang turut merampas keris Taming Sari. Disebabkan Hang Tuah hilang tanpa jejak, maka nyawa Sultan Melaka dijadikan galang ganti. Melor yang takut rahsia masa lalu berkasih dengan Sunan dan fitnah yang diadakan ayahnya tok penghulu terbongkar, termakan pujuk dengan Putri itu lalu menyebabkan ibu Sunan, kerasukan dan nyawanya menjadi taruhan apabila kehendak Putri tidak ditunaikan. Sunan yang tidak mengetahui tentang ibunya yang meninggal dunia telah mengalami mimpi aneh bertemu ibu bersama Ratna. Tetapi dia masih belum mendapat ilham tentang situasi yang berlaku kepada ibu tercinta. Sekembalinya ke Punggor dengan bantuan orang istana, barulah Sunan mengetahui pemergian ibu. Dia redha walaupun lewat untuk menyelamatkan ibu dari dendam Putri. Nyawa wanita yang mendendami pahlawan terbilang Hang Tuah dan Sultan Melaka akhirnya ditamatkan. Namun nyawa Sunan pula terancam pabila Sultan Melaka mengetahui kepulangan Sunan yang disangkakan mati semasa bertarung dengan Hang Tuah. Marah hajatnya untuk memperisterikan Haryani dihalang Sunan.Walaupun Sunan mampu untuk menewaskan pahlawan istana, pak Jalis bapa Sunan tetap menyuruh Sunan bersembunyi di gua dan disitu berlaku keajaipan. Sunan dibawa ke kurun 21, bertemu keluarga Dani di Punggor. Agak kelakar Sunan cuba mengadaptasi kehidupan kurun ke 21. Cara pakaian, pertuturan, makanan cuba diikut Sunan secepat mungkin. (Ada tips pasal makan nasi, hoho agaknya lepas ni boleh bertahan tak kalo tak nak makan nasi & daging, ratah ikan ngan ulam ja ;)Dani dan Haryani masih berada di Aceh menguruskan segala dokumen di kedutaan untuk pulang ke Malaysia. Namun Haryani sekali lagi diculik pengikut Manggala. Sunan pula terpaksa ke Aceh dan dia berdepan semula dengan musuh lama yang cuba bangkit semula. Kisah percintaan terlalu pantas dan terlalu banyak halangan. Adakah Haryani halal untuk Sunan di abad 21? Awan... Kalau dapat ku capai maka saktilah hamba. Kamu bagaikan puteri, Haryani.Kalau salah sinopsis, maafin gue, tak berapa ingat kronologi , watak dan lokasi ;)

Do You like book Hijab Sang Pencinta (2008)?

mmg best!! mcm nak jmpe je ngn laksamana sunan!! :'))))
—vickie

nice ;)
—djkwl

WOW~
—khaldoun

OK
—nstonems

download or read online

Read Online

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Other books by author Ramlee Awang Murshid

Other books in series Laksamana Sunan

Other books in category Fantasy