we psychoanalyse a psychopath? yes..macam dalam shutter island by martin scorsese yang ada leonardo dicaprio tu..(and yes, dia handsome...i mean leonardo, not martin scorsese..) i'm not going to compare between both..i just saying perasaannya hampir sama..i was so confused, rasa macam kadang2 my brain woken by exciting and thought-provoking experience..RAM cuba memahamkan macammana rasanya menjadi individu yang ada split personality atau multiple personality disorder... at the end of the page, tutup buku and questioned myself - what if i'm not sane? what if i'm insane? what if everything before me is actually created by my mind? solusi - cubit pipi and ambil wudu' , solat... a proof that you probably categorized as a sane..baca untuk ke2 selepas bacaan pertama around 2010..berhati2lah dengan realiti, kemungkinan, ia sekadar fantasi...'tanpamu, aku tak mampu bernafas sendiri...'~ "Tanpamu aku tak mampu bernafas sendiri"Membaca blurb di muka depan cover novel buat aku rasa ok, cerita ni tak berat. Tapi tu la… bila masa pula RAM menulis cerita ringan santai? Bukankah trademark RAM sudah pun terbilang dengan skil penulisan thriller hahaha tertipu lagi aku…Novel ini mengisahkan tentang seorang peguam yang bernama Amylia. Sepanjang penceritaan ini, Amylia berusaha untuk menyelamatkan Leopard, anak guamannya daripada hukuman mahkamah atas tuduhan membunuh. Dalam usahanya itu, Amylia turut dibantu oleh Dr. Azlan, yang merupakan pakar psikiatri. Mereka mengesyaki bahawa Leopard mempunyai masalah mental dan seharusnya diberi hukuman lebih ringan atas perilakunya itu. Segalanya menjadi rumit apabila Amylia pula yang seakan-akan mengalami masalah jiwa di mana dia sering diganggu oleh "seseorang". Ke arah klimaks novel ini, pelbagai twist menarik disajikan kepda para pembaca contohnya tentang identiti sebenar Amylia dan Leopard.Satu perkara tentang novel ini, anda dilarang untuk melangkau pembacaan. Jika tidak, pasti akan terkeliru atau mungkin kehilangan segala isi cerita. Hal ini sedikit sebanyak melambatkan proses pembacaan aku. Tapi aku tidak pernah berasa bosan atau muak tatkala membaca novel ini. Menyentuh sedikit tentang pengakhiran novel ini, sesetengah pembaca mungkin akan berasa tertipu oleh twist yang ada pada novel ini. Namun, bagi aku "penipuan" RAM sangat berkesan.Novel yang penuh debaran yang menggelisahkan. Ia sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda! Seperti mana pesan di akhir buku ni "BERHATI-HATILAH DENGAN REALITI, KEMUNGKINAN IA SEKADAR FANTASI."
Do You like book Rahsia Perindu (2005)?
seperti biasa RAM, membawa plot cerita yg akan merumuska andaian kita itu adalah sebaliknya...
—chan
utk sesiapa yg x berminat dgn jln2 cerita yg klise,sy recommend baca buku ni..
—bubblegoth
novel psikologi yang mencabar minda
—farahrocksyourworld