Share for friends:

Fiksyen 302 (2011)

Fiksyen 302 (2011)

Book Info

Genre
Rating
4.15 of 5 Votes: 3
Your rating
Language
English
Publisher
ALAF 21

About book Fiksyen 302 (2011)

Saya mengaku sudah agak lama tidak membaca novel bahasa Melayu. Hal ini kerana kebanyakan novel-novel popular masa kini adalah novel cinta semata-mata. Lebih-lebih lagi jikalau novel tersebut diadaptasi ke layar perak atau program television. Nama Ramlee Awang Murshid tidak asing bagi saya namun begitu saya tidak pernah tergerak hati untuk membaca karya beliau kerana tidak cenderung akan genre nukilannya. Walau bagaimanapun, setelah seorang rakan membawa buku ini ke tempat kerja saya tertarik dengan sinopsis buku ini. Lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar jurusan undang-undang. Setelah membaca beberapa helai lembaran, saya terus asyik dengan buku ini. Jalan ceritanya memang menarik dan walaupun terdapat beberapa watak, tetapi penceritaan karakter setiap watak itu sangat deskriptif menyebabkan pembaca tidak bosan atau mudah keliru malah lebih tertarik dengan setiap watak. Saya begitu asyik dengan jalan cerita novel ini sehingga terngiang-ngiang kata-kata watak-watak serta kelibat Zonan itu sendiri sehinggakan menjadi satu permainan sesama kami untuk meneka siapakah sebenarnya Zonan.Namun begitu saya mengaku bahawa apabila tiba ke bahagian akhir novel ini, saya merasakan jalan ceritanya menjadi terlalu berat dan berputar belit apabila dimasukkan elemen 'science fiction'. Mungkin sebab ini adalah pengenalan saya terhadap Ramlee Awang Murshid jadi saya tidak biasa dengan gaya penulisannya. Pendedahan siapakan Zonan yang sebenarnya mengejutkan namun cerita belakangnya agak klise. Penutupnya pula memang satu 'twist' yang tidak disangka.Secara kesuluruhan, saya suka membaca novel ini namun tidak sampai ke tahap mahu membacanya berulang kali. Novel ini gila...sampai saya pun rasa macam nak gila, bila nak tahu siapa pembunuhnya..Mengisahkan pada tahun 2032..Rita, seorang peguam yang disegani, menyertai projek penggembaraan minda yang di ketuai oleh Dr. Rozlina, seorang Dr psikiatri bagi menyingkap misteri kes pembunuhan pada tahun 2012 yang masih belum selesai.Empat pesakit mental yang telah dibebaskan setelah pulih didapati membunuh mangsa-mangsanya dengan cara yang hampir sama.. Lan Lani membunuh Mubarak, seorang penyiasat persendirian dengan menjerut mangsanya kemudian dia menulis angka 302 di dahi mangsa, menghubungi polis dan berbogel dihadapan mayat sambil meratip. Begitu juga dengan Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsanya dengan kejam dan dengan cara yang hampir sama. Mangsa-mangsa yang dibunuh saling berkait dengan kes pembunuhan setiausaha Dato Mahali, Zarina Mustapha tiga tahun yang lalu.Noorhafiza Izura di minta membela Lan Lani... Alias pula di arahkan untk menyiasat kes-kes tersebut dengan bantuan seorang pesara polis ( Hizamnudin) yang pernah menyiasat kes pembunuhan Zarina Mustapha.Ke empat - empat pesakit mental tersebut memaklumkan, pembunuhan di lakukan atas arahan Zonan. Pada awalnya semua menyangkakan Zonan adalah watak khayalan pesakit mental.. Tapi, Zonan sebenarnya memang wujud dan dibongkarkan pada tahun 2032..Siapa Zonan?....

Do You like book Fiksyen 302 (2011)?

Nak abiskan pembacaan buku ni pun merupakan satu pengembaraan minda... best! thrilling sgt2...
—Rogue

menarik kerana penuh dengan tanda tanya dan suspen... psikologi yeah...
—XOXOsamantha

ramlee awang murshid tidak pernah menghampakan peminat nya
—MimiSnaps

download or read online

Read Online

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Other books by author Ramlee Awang Murshid

Other books in category Fantasy