Share for friends:

Suamiku Encik Perfect 10! (2012)

Suamiku encik Perfect 10! (2012)

Book Info

Author
Genre
Rating
3.81 of 5 Votes: 4
Your rating
Language
English
Publisher
Karya Seni

About book Suamiku Encik Perfect 10! (2012)

Title : SUAMIKU ENCIK PERFECT 10Author : SyamnuriezmilPublisher : KaryaSeniReading Status : Completed Time of Completion: 1045 hrsAlright tamat. Cerita okay. Tapi IUD lagi best kut. Hihi. Cerita simple ~ comel2. Untuk sekadar bacaan santai2 boleh la baca buku2 dia. And some more ~ penulis suka create watak lelaki yg melelehkan darah daripada hidung. Baik, kaya, handsome -adihhhh memang gigit jari aje laaa. Hehehhh. Perfect! Ada suka, duka, ada kelakar dan ada adegan serius... Best kalau betul-betul Zarief exist! Aleeya Azmeen sedang mengandungkan anak Syed Muzaffar, kekasihnya selama lima tahun. Muzaffar telah menganiaya dirinya hanya kerana cemburu dan ragu-ragu akan kesetiaan Aleeya. Aleeya mengandung dan mengalami alahan yang teruk lalu dia diberhentikan pengajiannya. Dia terpaksa pulang ke Malaysia untuk menghadapi ibunya. Dalam perjalanan pulang, dia ketemu Zarief Danial yang sanggup tolong dirinya untuk menghadap ibunya. Dia sanggup berlakon sebagai suami sementara Aleeya. Dalam diam perasaan cinta menjelma. Tunangan Zarief, Azura Hanim, pula sedang mengandung anak Akram. Namun dia bertekad untuk menjadikan Zarief sebagai suaminya, walaupun Akram sanggup bertanggungjawab untuk dirinya dan bakal anaknya. Azura merancang untuk menjerat Zarief bila dia tahu cinta Zarief telah beralih arah dan Tok Zaharah tidak berkenan akan dirinya. Sementara itu, Muzaffar telah menyesal akan perbuatannya. Dia mahu mencari Aleeya tapi tak berjaya.Bapanya Syed Mustafa mengesyorkan Muzaffar supaya berkahwin dengan Nasmina supaya Muzaffar cepat dapat zuriat agar dia sekeluarga dapat harta pusaka. Malangnya, Muzaffar terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya. Nasmina terkorban dan Muzaffar lumpuh. Peluang untuk mendapat zuriat terkubur. Muzaffar pula koma. Kerana muslihat Azura, Aleeya hilang kepercayaan pada Zarief lalu dengan cepat memilih untuk berkahwin dengan Muzaffar. Alasannya ialah untuk beri anaknya berbinkan Muzaffar. Zarief kecewa dengan keputusan Aleeya walaupun dia dapat terlepas dari penipuan Azura. Sebaik sahaja Aleeya selamat bernikah dengan Muzaffar, dia pengsan. Dia meninggal dunia sebaik sahaja mengamanahkan Zarief untuk menjaga Aleeya dan anaknya. Zarief merajuk kerana dia pasti Aleeya masih sayangkan Muzaffar. Lalu, dia ingin pulang ke London. Aleeya akhirnya mengejar Zarief dan berjanji untuk menerima Zarief selepas melahirkan. Muzaffar rupanya telah meninggalkan sebahagian hartanya untuk Aleeya dan anaknya. Zarief dan Aleeya bahagia bersama keluarga mereka dan ibu-bapa Muzaffar.(less)

Do You like book Suamiku Encik Perfect 10! (2012)?

Novel yg mengetegahkan persoalan Anak luar nikah..konflik ibu yg di rogol dan masa depan anaknya.
—jules

haishhhh... if ever dreams come true, would like to have the same SEP10 for myself... weee
—lolzmahbolz

lisa and aaron !
—morgylaw

download or read online

Read Online

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Other books by author Syamnuriezmil

Other books in category Poetry