Share for friends:

Bukan Kahwin Paksa (2013)

Bukan Kahwin Paksa (2013)

Book Info

Author
Genre
Rating
4.2 of 5 Votes: 3
Your rating
Language
English
Publisher
Karystos Creative Sdn Bhd

About book Bukan Kahwin Paksa (2013)

Izz Rizqin (Uda) telah lama bercinta dengan teman sepermainannya, Ariyana, tanpa sesiapa dalam keluarga tahu. Tiba-tiba mummynya melamar Ariyana untuk alongnya, Azz. Dia amat kecewa kerana Ariyana telah menerima pinangan mummynya. Lalu dia melarikan diri ke Ipoh. Bila daddynya mencadangkan untuk dia dikahwinkan dengan anak teman baik daddynya, Dara Safiya (Dara), terus dia bersetuju. Kebetulan dia dapat tahu bahawa Ariyana telah menerima pertunangan itu kerana salah sangka bahawa lamaran itu adalah dari dirinya dan dia juga tahu alongnya sangat mencintai Ariyana. Jadi untuk mengelakkan banyak hati yang terluka, dia terus menerima cadangan daddynya dan menetapkan tempoh sebulan untuk bernikah. Dara telah dua kali kecewa dalam cinta. Pertama Irsyad dan yang kedua, Ryan. Dia ternampak Ryan bersama Nita di atas katil suatu pagi di rumahnya. Dalam kecewa dan marah, dia telah melampiaskan marahnya kepada Uda yang kebetulan adalah jiran Ryan. Tiap kali mereka bertemu, mereka akan bergaduh. Uda jadi fobia untuk ketemu Dara. Tetapi, rupa-rupanya Uda adalah calon suaminya yang papanya syorkan. Untuk mengelakkan dari terus diganggu oleh Ryan, Dara mahu pernikahannya dengan Uda dipercepatkan ke dua minggu lagi. Sementara itu, mereka mula berhubung dalam talifon. Dan dalam diam rupanya mereka berkawan dalam email. Banyak kejadian yang mereka lalui bersama yang mengeratkan lagi hubungan mereka suami-isteri. Hubungan mereka di email banyak membantu untuk meleraikain banyak salah-sangka dan kecil-hati. Mereka bahagia bersama dan cinta mereka berkembang kerana reda dan komunikasi mereka. Ryan tidak putus Asa untuk cuba merebut Dara kembali tetapi Dara tidak mengendahkan dirinya. Nita telah mengandungkan anak Ryan dan Dara serta Vee telah merancang untuk memerangkap Ryan untuk mengahwini Nita. Dara cemburu dengan Ariyana tetapi akhirnya dia dapat menerima penjelasan Uda. Uda telah dilanggar oleh Ryan tetapi terselamat. Akhirnya Uda dan Dara dapat tahu siapa teman email mereka masing-masing. Mereka akhirnya bahagia bersama. Buku terbaru dari penulis ''fav'' saya. Suka karya dia sebab banyak kisah kekeluargaan dan sahabat.Cerita mengenai Izz Rizqin yang terpaksa mengorbankan cinta pertama dia selepas, Arianna menjadi tunangan abang Izz iaitu Azz. Dara Safiya pula kecewa setelah kekasih hati curang. Yang bestnya Dara sendiri yang tangkap si kekasih sedang bersama orang lain kat rumah si kekasih kat atas katil lagi hehe. Kat sini mengajar kita supaya sayang pada seseorang biarlah berpada-pada. Kalau jadi macam Dara ni haruslah ''frust'' habis.Sanggup Dara datang rumah Ryan untuk kejutkan Ryan sebab taku Ryan tak terbangun dari tidur lagi, maklumla baru balik dari krusus. Akhirnya yang dia nampak lebih dari itu.Disini juga la Dara terjumpa Izz secara kebetulan kerana Izz tinggal berdepan rumah Ryan. Masa ni pertemuan mereka tak manis sebab Dara yang tengah kecewa marah pada Izz yang menegur dia. Ryan pula apa lagi tak terkata apa selepas ditangkap oleh Dara. Ryan ni sayang pada Dara sebenarnya tapi biasa la lelaki yang cari keseronokkan. Meroyan la Ryan bila kemaafannya tidak diterima Dara. Macam-macam cara yang dia buat untuk dapatkan Dara balik. Hampir-hampir Dara nak cair, nasib ada Vee 'best friend' Dara menyelamatkan Dara siap bagi nasihat motivasi lagi. Vee pula siap nak 'rekomenkan' Dara dengan pelanggan dia yang datang kat kedai Vee tu termasukla Izz. Rupanya Izz ni kira macam konsultan akauntan yang diupah oleh Vee untuk membuat kira-kira kewangan kat kedai dia. Vee ni memang kelakar, siap ada balang kad perniagaan @ diri dari pelanggan yang dia simpan dan ada dua balang, satu yang belum kahwin dan satu lagi yang dah kahwin. Senang katanya nak buat pilihan. hehehe. Balang yang masih belum berpunya saja yang aktif. Yang dah berpunya jangan diganggu bahaya.Dara pula selepas ja kejadian tu dia dah tutup pintu hati dia nak bercinta lagi, siap cakap ngan ayah dan mak dia tak nak kahwin. Harusla si ayah dan mak dia tu tak senang duduk. Dan akhirnya tercetus idea si ayah untuk mencari calon untuk anak dia dan dapat pulak tu iaitu anak kawan baik dia. Siap bagi cadangan kat Dara lagi, bukan kahwin paksa ya si ayah berkata, cuma cadangan kalau setuju terima kalau tak, tak apa tak paksa. Dara pun apa lagi mula tu tak nak juga, tapi bila Ryan ni selalu ganggu dia jadi dia setuju saja. Dari pihak lelaki nak kahwin dua sebulan lagi jadi dua minggu ja. Dara juga ada syarat yang perlu dipatuhi iaitu dia tak mahu tahu nama dan rupa bakal suami. Biarla dia berjumpa masa akad nikah nanti.Izz pula selepas dapat tahu cerita sebenar kenapa Arianna terima pinangan abnag dia Azz tu, ambik keputusan juga nak terima cadangan keluraga dia untuk berkahwin. Rupanya Arianna ni ingat Izz yang masuk meminang, sebab keluarga Arianna dan Izz dah kenal lama, dari mereka kecil lagi. Arianna masa tu belum habis belajar lagi. Mereka ni cinta rahsia. Tak nak bagi tahu keluarga masing-masing lagi. Izz tunggu Arianna habis belajar dulu. Dalam masa yang sama mak si Izz dan mak si Arianna ni dah berpakat nak bebesan,calon yang dicadangkan mak si Izz ni, abangnya Azz. Arianna pula lepas dapat tahu keluarga Izz datang meminang terus terima tanpa tanya siapa. Bila dah terbongkar semua Arianna mula ugut nak bagi tahu semua cerita mereka. Izz apa lagi tak senang duduk la. Dia taku banyak hati yang akan kecewa bila dia memilih Arianna. Jadi untuk bagi kegembiraan pada keluarga dan abang dia, Izz memilih untuk undur diri. Biar dia memilih orang lain sebagai suri hati dia. Dan Izz pun terima la syarat yang ditetapkan oleh pihak perempuan tak nak tahu nama dan tak nak kenal rupa. Hanya telefon menjadi perhubungan mereka. Unik pula. Hanya dengan mendengar dan becakap melalui telefon Izz dah jatuh hati pada bakal isteri. Siap cakap tak sabar pula nak kahwin rasa macam duu minggu tu nak bagi pendek lagi tinggal seminggu. Huhh.. Izz belum tahu lagi siapa bakal si isterinya yang sebenar. heheheLepas dari kes kat rumah Ryan tu dah banyak kali Dara dan Izz ni bertemu, tapi setiap pertemuan mesti berakhir dengan pertengkaran. Rupanya email yang cik kak dan en duck tu yang selalu menjadi luahan hati mereka berdua adalah oarang yang sama. Nama pun dah jodoh. Lepas akad nikah mereka berdua ni la paling kelakar. Saat nak buat acara batal air sembahyang tu, saat mata bertentang mata boleh pula Dara nak Izz ni pengsan.Cerita dari penulis ni sebenarnya mengajar kita tentang Cinta dan kehidupan. TAHNIAH sekali lagi untuk buku terbaru penulis.

Do You like book Bukan Kahwin Paksa (2013)?

x sangka sgt akhirnya dapat peluk BKP.. Uda & Dara versi moden! i lioke!!
—ginam

banyak pengajaran dan saaangat sweet!
—shar

sempoi...
—mrspreetygirl

download or read online

Read Online

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Other books by author Syamnuriezmil

Other books in category Nonfiction