Share for friends:

Takdir Itu Milik Aku (2012)

Takdir Itu Milik Aku (2012)

Book Info

Author
Rating
3.53 of 5 Votes: 6
Your rating
Language
English
Publisher
SR Publication (001923822-M)

About book Takdir Itu Milik Aku (2012)

MasyaAllah...seksanya nak habiskan baca buku ni. Rasa macam menyesal pula beli kelmarin. Saya sebenarnya tertipu kerana sudah banyak kali nampak buku ni di rak bestseller. Sepatutnya bestseller tu baguslah, kan? Tapi jangan tertipu ya. Ini kisah don't judge a book by its cover. Kulit buku nampak okay, tapi tulisan di dalamnya susah hendak dicakap dengan perkataan. Kalau perkataan bodoh, buruk, poyo, macam-macam lagi perkataan yang kurang enak didengar terlalu banyak dan selalu diulang hampir dalam setiap bab. Tension betul nak habiskan buku ni.Budak-budak sekolah, tak usahlah beli dan baca buku ni. Bimbang merosakkan bahasa pula jadi susah hendak tulis karangan yang baik.Bayangkan ini salah satu contoh yang buat saya mula rasa menyampah dengan gaya tulisan buku ni:-''...Sedap mulut dia aje nak mengata orang ada muslihat. Dia yang ada udang di sebalik mi bandung Muar tu tak sedar.' (m/s 889)Itu cuma satu contoh saja. Kalau ada yang rasa saya exaggerating, sendiri bacalah, ya? Selamat menikmatinya. Ini bukan buku yang berbaloi beli. Buang duit saya saja. Memang hampa sangat. Tak perlu dipertikaikan hasil garapan dari Pn. Siti Rosmizah. Umum sudah mengetahui, betapa terkenalnya beliau dengan kemunculan novel- novel terdahulu yang mana, beberapa lama bertahan dalam carta novel paling laris.Namun, untuk novel ini, saya mempunyai pandangan yang berbeza jika nak dibandingkan dengan novel beliau yang sebelum ni.Pertama, bila terlalu tebal, mood untuk menghabiskan hingga ke helaian terakhir memang lari. Dan jujurnya, untuk menghabiskan baca novel ini, saya banyak kali lompat- lompat ke helaian seterusnya. Saya kira, kalau tak setebal ni, boleh pergi jauh jugak. Asalkan, plot, watak, jalan cerita kemas.Kedua, kenapa watak Zulkifli, kawan baik kepada Zarif tenggelam selepas Zarif kahwin dengan Dian? Awalnya, saya ingat Zulkifli ini watak yang aktif tapi digantikan dengan Rahman yang jadi batu api atau watak jahat. Kalau dikekalkan watak Zulkifli tu dari awal hingga akhir pn okey jugak.(Eh alamak, pandai- pandai saja nak komen. Yang tulis novel ni Pn. Siti Rosmizah. Bukan calang- calang orang)Ketiga, saya perasan, setiap dialog atau pengakhiran cerita untuk satu- satu bab, akan ada kesimpulan sendiri. Seolah- olah saya bercakap dengan diri saya sendiri atau bermonolog. Macam lain sangat sebab sebelum ni rasanya tak pernah lagi baca novel yang terlalu banyak monolog dalaman.Keempat, pendapat saya lah, novel ni, seakan- akan sama dengan Andai Itu Takdirnya. Tapi tak tahu lah dari segi apa. Sama ada jalan cerita, watak jahat, ataupun lain- lain. Cumanya, tak pelik sebab kebanyakan novel dari Pn. Siti Rosmizah kalau kita tengok, tak lari jauh. Kekejaman, kesedihan, kejahatan, ditimpa musibah/balasan, lepas tu insaf, happy ending.

Do You like book Takdir Itu Milik Aku (2012)?

I wonder why semua karya Siti Rosmizah mempunyai jalan cerita yg sama.
—Berna

Berserabut.. Bila pihak ke3 pon sibuk nak bercerita... Pening kepala
—Squidgy

sedih gila.....
—Courty

download or read online

Read Online

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Other books by author Siti Rosmizah

Other books in category Middle Grade & Children's