Share for friends:

Setia Hujung Nyawa (2011)

Setia Hujung Nyawa (2011)

Book Info

Author
Genre
Rating
4.04 of 5 Votes: 4
Your rating
ISBN
9789831246 (ISBN13: 9789831246993)
Language
English
Publisher
Alaf 21 Sendirian Berhad (276419-A)

About book Setia Hujung Nyawa (2011)

I actually started reading this book based on my boyfriend's mom's recommendation, because she was obsessed with the tv series version of it. HAHA so yes, I was intrigued, especially by the story line. I mean, a girl who was pregnant but didn't even know that she was? That made me more curious, especially to how the guy would react. I admit that I already loved the girl's character, Ersalina, the first time the story started. She's just so nice, and kind hearted. She even put up with all of Zain's anger. Sigh. This story was so sad that it seemed so real. After every moment of happiness, something worse would happen that would disrupt that. Sigh. Anyway, for any die-hard romance fans (Malays ah hahahah), I recommend you to read this book. It will make you laugh, cry and sigh, like it did with me :) Mengisahkan perkahwinan Zain dengan Sofea yang tergendala kerana wanita idaman hati telah melarikan diri di saat semua perancangan perkahwinan telah disiapkan. Kehilangan Sofea benar-benar membuatkan Zian hilang arah. Manakala kaburnya Sofea membuatkan Datin Adibah sangat tidak keruan. Semua nya telah disiapkan dan majlis perkahwinan anaknya akan berlangsung tidak lama lagi. Namun kehilangan Sofea benar-benar menyentak maruah Datin Adibah.Kerana terlalu mengikutkan kehendak anak lelakinya itu dia terpaksa bersetuju dengan permintaan anaknya itu untuk berkahwin dengan Sofea meskipun hati tuanya tidak begitu suka dengan pilihan anak terunanya. Demi kasih dan sayang semua permintaan anak tunggalnya diturutkan. Namun hal sebaliknya yang terjadi.Oleh itu Datin Adibah harus mencari pengantin perempuan untuk menggantikan Sofea. Zain hanya mengikut sahaja kata-kata emaknya kerana dia sudah tahu yang dia telah melukakan hati emaknya. Saat bertemu dengan Haliza dan Ersalina, Datin Adibah sudah jatu terpaut dengan ciri-ciri yang ada pada Ersalina. Pertemuan rahsia dengan Haliza telah diaturkan. Dia meminta Ersalina menjadi menantunya.Mulanya Haliza sememangnya kaget dengan permintaan Datin Adibah. Ersalina masih muda dan tidak tahu apa-apa lagi. Lagipun Ersalina menyimpan satu rahsia yang sangat mengaibkan. Hanya dan dan doctor peribadinya sahaja yang tahu. Tidak Hersalina.Akhirnya demi kebaikan Ersalina, Haliza menerima pinangan Datin Adibah. Ersalina juga seakan menerima apa yang dicadangkan oleh ibunya. Cuma di saat akhir Haliza mendapat bantahan dari suaminya dan anak lelaki sulungnya. Namun akhirnya mengalah dan bersetuju dengan rancangan Haliza.Perkahwinan tanpa percintaan telah membuahkan perasaan kasih di hati masing-masing saat menatap sesama sendiri. Zain merasakan Ersalina adalah wanita yang terbaik buat dirinya dan begitulah sebaliknya. Namun saat Ersalina jatuh dan dikejarkan ke hospital rahsia yang langsung tidak diketahui oleh Ersalina pecah. Zain terkedu sama sekali. Dia tidak pernah menyentuh Ersalina, macam mana Ersalina boleh keguguran? Ada rahsia yang disimpan oleh Ersalina tanpa pengetahuannya!Ini adalah pertama kali saya mencuba tulisan penulis ini. Saya ada sedikit terkilan dengan garapan penulis ini kerana ceritanya sudah cukup menarik. Cumanya, kisah pada permulaannya cukup ringkas, bagai dipotong-potong supaya menjadi pendek dan sedikit-sebanyak mencacatkan pembacaan saya untuk menghayatinya.Ceritanya juga agak sama dengan cerita dari novel-novel lain. Kahwin tanpa percintaan-dilanda badai-akhirnya bahagia. Cuma yang berbeza dan menarik bagi saya ialah, penulis bijak menyelitkan asbab perkahwinan itu diterima. Haliza mahu menutup malu dengan harapan tiada siapa akan tahu. Zain pula hanya tahu perkahwinannya atas sebab menyelamatkan maruah keluarga. Tapi dia tak tahu perkahwinan itu sebenarnya hendak menutup kesilapan lalu Ersalina.Saya senang menyelusuri cerita dan setiap watak dan perwatakan yang dicipta. Hidup dan memberikan kesan kepada saya. Kisah seperti ini sebenarnya sangat dekat dengan masyarakat. Saya suka penulis mengambil masalah social sebagai tunjang cerita. Ia secara tidak langsung menjadikan penulisan sebagai medium atau alat untuk menjalankan tanggungjawab sosial.Melalui penulisan cara yang halus lagi lembut untuk memberikan nasihat.Kesimpulannya dari naskah ini, memberikan maksud betapa gejala sosial itu telah menular dengan cepatnya dalam masyarakt muda. Jika tidak dibendung dengan cermat ia boleh menggugat keamanan rumahtangga. Seharusnya segala kesilapan berbalik kepada asal, setiap kejahatan pasti akan ada balasan. Taubat adalah kunci dalam permasalahan ini.Bagi saya naskah penulis kali ini membawa kesedaran kepada semua. Tak selamanya kejahatan atau keterlanjuran yang disimpan akan kekal sebagai rahsia. Segala kesilapan yang telah dibuat mesti ada bayaran yang setimpal. Semoga kesilapan takkan kekal selamanya dan setia biarlah ke hujung nayawa. Tahniah sekali lagi buat kak Fatin Nabila atas naskah kesedaran yang baik ini!

Do You like book Setia Hujung Nyawa (2011)?

dramanya best jadi saya pun nak juga baca best ke tak novel ni? mesti best kan??
—mzee1997

Ersalina & Zain Hakimi
—Tiffani

that is funny
—Healknight32

download or read online

Read Online

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Other books in category Nonfiction