Share for friends:

BOLA (2012)

BOLA (2012)

Book Info

Author
Rating
3.18 of 5 Votes: 3
Your rating
Language
English
Publisher
Buku Fixi (002016254-V)

About book BOLA (2012)

Sejujurnya saya sebenarnya sangat mengharapkan semua novel-novel yang diketengahkan dalam antologi ini menjadikan 'bola' itu sendiri sebagai subjek utama, bukanlah sebagai unsur pelengkap semata-mata. Tiada aksi sepak-menyepak, tiada aksi bentes-membentes. Saya mengharapkan keterujaan sukan bola sepak itu sendiri diwujudkan menerusi cerpen-cerpen dalam antologi ini namun nampaknya penulis-penulis mempunyai idea lain.But still keseluruhan antologi ini boleh dikategorikan menarik dan seronok dibaca. Idea-idea cerita yang pelbagai dari setiap penulis berjaya diolah dengan baik dan mempengaruhi mood membaca apabila berpindah dari satu cerpen ke cerpen yang lain. Setiap cerpen berjaya berdiri dengan sendirinya tanpa dibayangi cerpen-cerpen lain dalam antologi ini. Cumanya terdapat beberapa cerpen yang saya fikir kurang menepati standard 'edisi terhad' buku ini. Cerpen favret? Semestinya Aku Bookie Bolasepak by Nama Nami Pertamanya -- Tidaklah adil untuk menyamakan 'Bola' dengan 'Kopi' biarpun konsepnya sama; sebuah buku bersaiz comel berisi kandungankan himpunan cerpen dibawah satu tema. Hanya dengan bertemakan 'Bola', 19 penulis 'kick off' dengan jayanya menghidangkan pelbagai genre cerpen yang terus mengangkat imaginasi pembaca keluar dari sekadar formasi atau corak permainan sebuah pasukan bola sepak.Bukan Sebab Bola dari Nadia Khan -- cerpen paling bersahaja namun lekat di kepala (mungkin kerana saya penyokong MU, jadi ya -- bias di situ, maaf).Jersi Bola 7 tulisan Shafaza Zara Syed Yusof pula berjaya menyelitkan hakikat fitrah manusia (yang sangat dekat dengan apa yang dilalui sekarang) di dalam penceritaannya -- yang kadang dirasakan, kalau tak ada pun tak apa.Sepak Bola dari Ridhwan Saidi? *senyum sendiri* Beliau sememangnya juara dalam liganya yang tersendiri. *tabik*Walau hanya sekadar memetik beberapa tajuk & penulis, namun ribuan tahniah kepada pasukan penulis 'Bola' dibawah bimbingan Jurulatih Iqbal Abu Bakar :)

Do You like book BOLA (2012)?

Limited edition .I'm not into football much but this book just nice ,still enjoy reading it .
—Hannahfaye

Ada cerita yang diletakkan sekali sekadar hendak menambah muka surat saja mungkin
—Becsssssss

fav : Sepak Bola by Ridhwan Saidi.
—Ilovepete123

2'% ★
—LeLe71991

download or read online

Read Online

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Other books by author Dayang Noor

Other books in category History & Biography