Share for friends:

Biarlah YM Berbicara (2009)

Biarlah YM Berbicara (2009)

Book Info

Author
Genre
Rating
4.06 of 5 Votes: 2
Your rating
Language
English
Publisher
Kaki Novel Enterprise (001547975-A)

About book Biarlah YM Berbicara (2009)

Sebuah karya online yang diangkat menjadi senaskah novel. Syabas buat Kak Hanni juga warga penulisan2u. Sebagai silent reader, aku lebih suka mencari cerita yang ringan seperti ini. Al maklumlah, membaca karya online adalah cara melepaskan tekanan kerja hik3 lalala5Kisah tentang Adiya Fatiha yang berkenalan dengan Charming di medan chatting – YM. Menggunakan nama Ugly Betty, Adiya Fatiha pada mulanya main-main je dengan Charming tu tapi tak tahu la pula bila agaknya cinta bertunas di hati. Bila sedar je, Adiya Fatiha mula memikirkan baik buruknya bercinta dengan hanya mengenal suara tanpa bersua muka. Kerjaya Adiya Fatiha memungkinkan dia untuk sentiasa online [terasa macam aku je hik3 lalala5:] Jadi, ada masanya sempat juga dia bermain cinta dengan pujaannya itu. Adiya Fatiha digambarkan sebagai gadis yang menarik walaupun dia sebenarnya gadis yang blur dengan persekitarannya. Mana tidaknya, dia turut diminati oleh teman-teman sepejabatnya malah dalam diam aksi dan tingkahnya turut menarik hati bos sendiri.Encik Firdaus – gambaran watak bos ini nampaknya benar-benar membuai perasaan. Bekerjaya, handsome, baik hati, suka tersenyum, pemurah dan pelbagai sikapnya yang baik-baik ditonjolkan. Malah Encik Firdaus dengan slamber berjaya mengucar-kacirkan perasaan Adiya Fatiha dengan menanyikan lagu Dealova [Once:] di malam aktiviti tahunan syarikat. Dalam diam sikap keprihatinan yang ditunjukkan oleh Encik Firdaus turut mengikat hati Adiya Fatiha.Namun pada masa yang sama muncul pula sepupunya; Abang Kamal. Memori lama menerjah kembali. Adiya Fatiha makin keliru. Apatah lagi emak kesayangan bagaikan merestui hubungan Adiya Fatiha dan Abang Kamal. Adiya Fatiha susah hati. Dia juga perlu membuat keputusan. Tanya pada hati, siapa pilihan? Abang Kamal, Encik Firdaus atau Charming?Setiap plot disampaikan dengan ayat biasa dan cukup santai, sejajar dengan karya online. Cuma, aku kurang berpuas hati kerana Adiya Fatiha; seorang akauntan itu boleh ‘naik pangkat’ menjadi setiausaha Encik Firdaus. Bagaimana pula kekosongan itu boleh berpindah ke tangan Adiya Fatiha? Namun tak perlulah difikirkan logik, asalnya pun ia cerita ringan yang penuh humor dan memang senyuman tak pernah hilang bila aku membaca cerita ini. Selak-selak di blog, nampaknya cerita ini bagaikan ada sambungannya. Benarkah wahai Puan Penulis? hik3 lalala5 ;D Penulis : Hanni RamsulSemenanjung : RM 20Sabah Dan Sarawak : RM23Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…Charming… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…Aku… Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini….

Do You like book Biarlah YM Berbicara (2009)?

best sesangat & klakar. bahasenye sng faham sbb gune bahase pasar.
—frankie

Adiya Fatiha & Firdaus
—arunsai

besttttt......
—xaat

3.5 stars
—Pozer

download or read online

Read Online

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Other books in category Romance