Share for friends:

Baju Pengantin Mak Andam (2009)

Baju Pengantin Mak Andam (2009)

Book Info

Author
Rating
3.93 of 5 Votes: 3
Your rating
Language
English
Publisher
Kaki Novel Enterprise (001547975-A)

About book Baju Pengantin Mak Andam (2009)

Mengenali karya penulis di penulisan2u sebelum aku beralih ke laman blog penulis yang mulanya berwarna coklat sebelum bersalin baju warna hitam ;D Tak silap sekitar tahun 2008, aku kenal Areila Sahimi atau nama pena di blognya -akubintangbiasa. Actually aku je yang kenal, tapi Cik Penulis ni tak pernah kenal aku pun hik3 lalala5BPMA cerita santai yang penuh humor. Tiada konflik yang buat rasa nak campak buku ke, marah dekat watak jahat ke! Senang cerita ia cerita yang akan buat anda tersenyum sorang-sorang dengan perjalanan cerita yang mudah dan penggunaan bahasa pertuturan kita seharian [walaupun menggunakan loghat Perak, rasanya mudah faham:]. Cerita ni sesuai sangat untuk kamu yang mahukan hiburan dan melepaskan stres di kepala. Ia cerita yang bersahaja walaupun ada masanya aku rasa sedikit meleret. Namun sebagai karya pertama aku rasa ia tidaklah mengecewakan ;DAleeya – gadis yang memang selamba habis! Bekerja sebagai P.A di Putrajaya namun ada masanya tenaganya juga dikerah untuk membantu Kak Ana sebagai mak andam. Kesnya sering terjadi bila dia balik kampung – Ipoh mali ni! Dia diminta menjadi mak andam ‘terjun’ di majlis perkahwinan Harlina. Mahu tak mahu, Aleeya menurut. Ketika dia ‘sesat’ ke rumah pengantin, dia bertemu dengan mamat bajet hensem; Zain ;P Ingatkan kes itu tamat di situ namun siapa sangka dia terjumpa balik dengan Zain di majlis Harlina.Paling lawak pastinya di saat dia ‘dipinjam’ oleh Zain; si pengapit lelaki untuk membetulkan sampinnya. Terbayang pula sesi cucuk pin tu! Kerek benor Che Aleeya ni ya? hahaha ;P Walaupun kasar bahasa atau cara Aleeya itu tidak pernah buat Zain menjauh. Niat hati Zain untuk berkenalan dan rapat dengan Aleeya tetap diteruskan. Pelbagai cara dan usaha yang dilakukan namun semuanya ditolak baik oleh Aleeya. Akibat putus cinta dengan Cikgu Azizul buat Aleeya serik untuk menerima cinta Zain. Akhirnya mereka kekal sebagai kawan atau lebih tepat teman tapi mesra hik3 lalala5 Namun cara Zain sedikit sebanyak mampu membuai hati perempuan Aleeya. Dalam diam hati sudah terpaut tapi kes Cikgu Azizul yang muncul tiba-tiba buat Zain salah faham. Pergaduhan tercetus dan si Zain yang terlalu menurutkan hati lukanya pergi membawa diri. Dan-dan je Zain yang selalu cool tu boleh terlampau sensitif sampai penjelasan dari Aleeya pun tak mahu dengar. Pertembungan empat mata di antara Aleeya (mak andam ‘terjun’) dan Zain (pengapit pengantin lelaki) telah mengundang sebuah persahabatan yang unik tetapi kelakar.Aleeya yang bersifat ‘kerek’ tetapi jujur dengan kata-katanya telah berjaya mencuit hati Zain. Zain cuba untuk membawa hubungan mereka lebih jauh, namun Aleeya ‘blur’. Maka Zain cuba mengikut rentak yang dimainkan oleh Aleeya dengan harapan dapat menjinakkan si pujaan hati.Tatkala Aleeya mula membuka pintu hatinya untuk menerima Zain, Azizul muncul semula. Hidup Aleeya semakin berserabut apabila Lily, isteri Azizul merayu kepadanya supaya melupakan Azizul, sedangkan Azizul terus-terusan menagih semula cintanya.Satu insiden yang mencurigakan di antara Aleeya dan Azizul telah menghancurkan kepercayaan Zain terhadap Aleeya. Lalu Zain membawa diri untuk mengubati luka di hati. Dua tahun mereka terputus hubungan, namun masing-masing separuh gila merindui di antara satu sama lain.Siapakah yang boleh menyambungkan semula hubungan Aleeya dan Zain? Merasakah mak andam menyarungkan baju pengantin ke badannya? Ikutilah rentetan perjalanan kisah cinta Aleeya dan Zain yang penuh dengan dialog ‘kerek’ dan lucu ini.

Do You like book Baju Pengantin Mak Andam (2009)?

mmg best.. banyak mengunakan bahasa org perak.. sempoi dan kelakar
—rhiannon

Novel yang menarik, kelakar dan pengunaan ayat yang sempoi..
—liran

Enjoyed the entire story!
—Mztweetz001

story gempak gila!
—clouds

download or read online

Read Online

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Other books by author Areila Sahimi

Other books in category Mystery & Thriller