Share for friends:

Akadku Yang Terakhir (2014)

Akadku Yang Terakhir (2014)

Book Info

Author
Rating
4.21 of 5 Votes: 5
Your rating
Language
English
Publisher
Kaki Novel

About book Akadku Yang Terakhir (2014)

Yeah, dah habis baca kisah ni! Hmm... Macam biasalah tak ACIK LANAlah kalau xdpt berbintang2 kan? Eceh. SUKA buku ni sebab :-1. cover tu cantik. Seperti biasa, KN kan?2. sinopsis agak lain sikit. Bukan tema kahwin paksa. 3. Perjalanan cerita tak meleret. I like!4. Gaya bahasa tak terlalu berat dan mesra pembaca.5. Perkembangan watak dicoretkan dengan baik. 6. Happy ending. 7. Paparkan bidang psychiatry. CUMANYA:-1. menguji kesabaran betul bila melayan kerenah Irham sebelum dan semasa kahwin. 2. Zahlia gedik kuasa tiga. Dah bercerai, still anggap Irham suami. Mental dia lebih mental dari Irham. Acik Lana betul-betul bijak memainkan peranan watak ketiga.3. Pada permulaan cerita, sy anti dengan Fazriq sbb seperti terlalu sayang Rania sedangkan berbini. Tapi, hujung2 nasib baik ok. Apa2 pun, naskah setebal 957 halaman ini, memang terbaik walau menguji kesabaran. TAHNIAH buat ACIK LANA! Karya Acik Lana memang Ohsemm!! sbb ceritanya fresh dari ladang..semuanya boleh buat kita terpukau..lagi2 bila cuba mewujudkan satu watak..boleh cairr dengan watak Irham Zahri ni..Kali ni kisah tentang Irham seorang duda yang telah bercerai sebanyak 3 kali. Perkahwinan dgn bekas2 isterinya semuanya x bertahan sampai setahun. Ayah Irham yang rasa Irham ada masalah, cuba memaksa Irham jumpa dengan pakar Psikoterapi. Irham pula agk ego merasakan tindakan ayahnya sangat melampau. Lepas diugut ayahnya, Irham terpaksa jugak berjumpa dengan pakar psikoterapi tersebut.Dari situlah, bermulanya pertemuan Irham dengan Rania. Permulaannya Irham memang tidak dapat terima Rania sebagai doktor yang merawatnya. Lagi2 bila dia lihat Rania terlalu muda dan belum berkahwin. Disebabkan ego Irham sampai tidak mahu memberi kerjasama, Rania terpaksa berbohong bahawa dirinya telah berkahwin. Irham pula cuba merasuah Rania untuk memalsukan laporan, tapi Rania tidak makan rasuah. Irham yang geram dengan sikap Rania membuat rancangan untuk mengenakan Rania. Tapi lain pula yang jadi bila tiba2 hatinya berasa lain bila mendekati Rania.Irham mengakui dia telah jatuh cinta dengan Rania. Perasaannya kali ni agak berbeza berbanding bersama dengan bekas2 isterinya dahulu. Tapi disebabkan Rania sudah berkahwin Irham cuba menindakkannya. Rania pula ada kisahnya, dia menyukai abang angkatnya yang sentiasa ambil berat akan dirinya. Siapa yang x jatuh cinta kan. Tapi perasaan Rania hancur bila Fazriq rupanya suka akan kakak Rania Zulia. Dan dari perasaan kecewa Rania menerima tawaran Irham dan pergi ke Johor. Dari situlah mereka semakin rapat.Sangat saspen bila rahsia Rania yang belum berkahwin terbongkar. Apa tidaknya, bila Irham macam beri hint suka kat Rania, Rania asyik mengelak dan mengingatkannya dia telah berkahwin. Bila dapat tahu Rania masih single apa lagi..memang x lepaslah si Rania.Macam2 cara Irham pikat Rania. Irham sampai sanggup melamar Rania jadi isterinya. Siapa yang tak tergoda dan jatuh cinta dengan sikap Irham. Memang Irham telah buat Rania melupakan Fazriq 100%. Rania yang pada mulanya menindakkan perasaannya terhadap Irham akhirnya kalah dengan perasaannya. Hatinya mula belajar merindu bila Irham jauh dimata. Tapi Rania masih serba salah untuk menerima Irham disebabkan sejarah perkahwinan Irham sebelum ini. Tapi bila hati dah sayang, Rania terima jugak lamaran Irham.Meraka memang bahagia selepas berkahwin. Irham memang memberi kebahagian kepada Rania. Tapi disebabkan sikap Fazriq yang sentiasa sibuk mengambil berat akan Rania, membuatkan Irham mula merasa curiga. Oh tak sangka konfliknya adalah cemburu buta Irham. Sangat teruk perangai Irham bila dia cemburu. Dan dari sikap Irham yang berubah itulah, merasakan memang tidak silap lagi Irham masih bermasalah jiwa.Kalau nak tau apa yang berlaku kena lah baca sendiri. Tak boleh nak cerita panjang. Tapi sangat sedih akan nasib Rania. Ingat Irham tu dah sihatlah bila lakukan terapi bersama Rania sebelum ni. Tapi disebabkan Irham terlalu cinta akan Rania, sanggup Irham buat Rania macam tu. Nasib baik apa-apapun Rania tetap cintakan Irham..

Do You like book Akadku Yang Terakhir (2014)?

Best!! Sbb lain Dari yang lain dah lama baca baru nak review Hahahahaha
—ama

3.5*sesesebenarnya dh taip pnjg lebarrr tp hilang pulak..ohoiii.
—Katniss

berjaya abihkan....& repeat chapter 77&78....puas hati...
—orient

download or read online

Read Online

Write Review

(Review will shown on site after approval)

Other books by author Acik Lana

Other books in category Historical Fiction