saya berjinak-jinak membaca novel yang lain lepas saya baca novel ni. watak Adam seorang Pilot yang sememangnya masyarakat akan label sebagai playboy (yela, banyak jumpa pramugari cantik2) bertemu pulak Ain seorang gadis kampung, agak cliche sebenarnya. tapi, cara kak Aisya Sofea olah memang kena dengan jiwa saya. sampai sekarang bagi saya hero novel paling best adalah Adam Mukhriz. watak yang matang disogok pulak dengan pakej lengkap untuk jadi Prince Charming! hehe.saya sebenarnya tak rela bila tengok Aaron Aziz pegang watak Adam. Adam bukan Melayu sejati jadi saya rasa bila baca novel lagi best kot. jangan marah peminat Aaron sekalian. ^^ AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi..happy ending..5 starsAaron & ... da lakonkan
Do You like book Adam & Hawa (2006)?
Jalan cerita yang menarik. Gaya bahasa yang mudah difahami. Tidak rugi membacanya.
—Maddie