About book A Nest For Celeste: A Story About Art, Inspiration, And The Meaning Of Home (2010)
Bismillahirrahmanirrahim.Buku kecil berkulit tebal warna biru ini saya pinjam dari PERPUSTAM. Malang sekali apabila kulitnya sudah hilang. Apabila dicari melalui enjin carian Google, baru dapat lihat kulit hadapannya yang cantik dan klasik.Sesekali teringat pengembaraan Pn Nisah Haron yang dirakamkan di dalam bukunya, Kembara Sastera ada menyebutkan keindahan pemandangan di luar negara yang memungkinkan tercetusnya ratusan malah ribuan cerita kanak-kanak yang menarik dan bermutu.Istimewanya buku ini ialah pada lukisan pensel yang melatari helaian-helaian cerita. Subhanallah, berbakat sungguh penulis dan pelukis ini. Sememangnya saya lebih tertarik kepada lukisan ini sebelum membacanya.Celeste, seekor tikus biasa yang hidup di sebuah rumah agam. Dia hanya hidup seorang diri selepas kematian ahli keluarganya akibat aktiviti pembangunan manusia. Dia berpindah dan tinggal di rumah kecil di bahagian bawah rumah agam ini.Di sinilah dia bertemu dua ekor tikus yang kerap membulinya. Mahu tidak mahu Celeste terpaksa hadapi sehinggalah takdir menentukan kedua-duanya mati sia-sia akibat tamak :-)Ketika melarikan diri dari kucing tuan rumah menemukan Celeste dengan tempat tinggal baru di sebuah bilik kecil di loteng. Di sinilah dia dipelihara oleh seorang budak lelaki, pembantu pelukis burung terkenal zaman itu.Dikisahkan bahawa tokoh berkenaan akan membunuh burung yang ingin dilukiskan dan adakalanya terpaksa mempinkan burung itu di atas sekeping alas bagi menimbulkan kesan realistik. Kejamnya! Tetapi itulah yang mampu dilakukan olehnya kerana pada waktu itu teknologi kamera belum tercipta lagi.Hmm.. Celeste hanyalah watak yang diwujudkan bagi menceritakan sejarah tika itu. Ada diselitkan semangat setiakawan yang tinggi tatkala Celeste mempertaruhkan nyawa mendapatkan makanan kesukaan sahabatnya, si burung kecil yang terperangkap.Pengajaran yang diperoleh dari cerita ini ialah ketekunan, usaha yang rajin, semangat setiakawan dan kasih sayang menjadikan hidup harmoni dan bahagia.++++++Mengapa ya banyak cerita kanak-kanak yang menggunakan watak tikus? A sweet story about a nice little mouse and her search for a home, and a friend. In the end she finds both - a safe, pleasant home and several good friends. The book is generously illustrated with pencil drawings throughout, showing Celeste's many adventures, including outwitting (or outrunning) a house cat on more than one occasion, flying over the Louisiana landscape with an osprey, and tidying up an abandoned doll house to make a cozy home for herself. There is some violence towards animals, and one of the human characters is accidentally shot (grazed - he survives without much fuss), so it's not for every child, but I think I will be recommending this book to kids grades 4 and up.
Do You like book A Nest For Celeste: A Story About Art, Inspiration, And The Meaning Of Home (2010)?
MCL. It was a great story. The part I liked best was when Celeste lived in the dollhouse.
—jazminem123
I loved the book! It was inspirational and very good literature! This is a must read!
—dania
Sweet story of love, friendship and meaning of home. Beautiful illustrations.
—asuttle0429